|
SEJARAH PSSCMBMI

Tuas Polytech British Malaysian Institute
TUJUAN DITUBUHKAN:
- Menghidupkan,
memperkenalkan serta mempersebatikan Pusaka Bangsa yang merupakan Seni
Kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan .
- Menanam
perasaan cinta dan kasih akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu.
- Menanamkan
semangat bahawa kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri tanpa
bergantung kepada orang lain.
SEJARAH:
Pada asasnya
PSSCM telah bertapak di UniKL-BMI selama hampir 10 tahun. Tetapi sebelum itu
PSSCM telah bertapak di Tuas Polytech iaitu nama sebelum bagi UniKL-BMI
ditubuhkan. Jumlah keahlian PSSCM UniKL-BMI seramai kira-kira 300 orang ahli
yang telah dilahirkan daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UniKL-BMI dan
ada di antara mereka yang telah bekerja dan ada juga yang masih meneruskan
pelajaran di UniKL-BMI.
PSSCM telah
ditubuhkan pada tahun 1965 yang telah diasaskan oleh Y.M Almarhum Ustaz Haji
Hanafi Bin Hj. Ahmad dan tanggungjawab tersebut telah diteruskan pula oleh Y.M
Tuan Hj. Ishak Bin Itam selaku Guru Utama dan Presiden PSSCM pada 21 September
1986 sehingga ke hari ini. PSSCM juga telah diterima dengan baik di IPTA dan
IPTS seperti di kolej-kolej teknikal UniKL dan Politeknik serta di MRSM dan di
sekolah-sekolah. Di samping itu, Silat Cekak telah juga diterima sebagai salah
satu daripada aktiviti ko-kurikulum bermata kredit di IPTA dan IPTS.
PENCAPAIAN:
- Menganjurkan
Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang pertama di UniKL-BMI bertempat
di Machang, Terengganu, Kg. Durian Pahit dan Kg. Bukit Kechil pada 22-25 Ogos
2005.
- Terlibat
di dalam penggambaran rancangan “Gerak Tangkas” yang telah dirakamkan di RTM 2.
- Terlibat
di dalam Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan dari tahun 2006, 2007,
2008.
- Pernah
juga terlibat di dalam Perarakan Hari Kemerdekaan peringkat Kebangsaan pada
tahun 2006.
- Terlibat
di dalam pertandingan Karnival Waja Diri Merdeka IPT Kebangsaan 2007 bertempat
di UIA(Gombak) yang telah dianjurkan oleh PSSCM UIA(Gombak).
Menganjurkan
Karnival Waja Diri PSSCM UniKL BMI peringkat IPT Kebangsaan 2008 (Pertandingan
Persembahan Seni Silat Cekak Malaysia IPT Kebangsaan 2008) bertempat di Dewan
Gemilang UniKL BMI pada 22 November 2008 dan di sertai sebanyak 27 pasukan dari
seluruh IPT Malaysia serta di rasmikan oleh
Prof. Dr. Abu Talib Othman (Timbalan Presiden
Hal Ehwal Mahasiswa dan Keusahawanan UniKL)
AKTIVITI:
- Program
Interaksi PSSCM UniKL-BMI di Sungai Lepoh
- Majlis
Penerangan PSSCM UniKL-BMI
- Majlis
IjazahPSSCM UniKL-BMI
- Jamuan
Kelas Latihan PSSCM UNIKL-BMI
- Terbaru
: Penganjuran Karnival Waja Diri Merdeka peringkat IPT Kebangsaan 2008 pada 22
November 2008.
|